Bila Bercerita tentang Mak

Bila Bercerita Tentang Mak, Dulu Bila Mak Tahu Saya nak buat bisnes, mak tak setuju.. Tapi Mak tak pernah kata dia tak setuju. Dulu mak hanya kata, mak xde tanah, kita mana ada Modal nak bukak bisnes.. Bisnes apa kau nak buat?

Tapi dalam Diam, mak buat jugak Loan RM 25,000. Masa dulu RM 25,000 dah macam RM 50,000 zaman sekarang. Sedar-sedar, mak kata, nie haa. RM 25,000. Gi lah bukak syarikat dan mak doakan abg berjaya dalam bisnes.

Ayah? Ayah seperti biasa, menjadi penasihat diRaja. Ayah walaupon bukan bisnesman, tapi ayah banyak berurusan dengan Kontraktor, Sain lesen orang dan banyak sekali tahu pasal perundangan.. Kata ayah, bisnes nie Mudah jer kalo tahu.. Tengok orang berjaya.. Buat macam dia.. Gaya dia berjalan pon kita tahu dia sukses atau tidak.. Pakaian, dan sikap kita adalah diri kita.. Ingat, hubungan dengan Allah kena Jaga. Rezeki nie semua dari Dia..

Selepas beberapa bulan, habislah RM 25,000. Beli Aset, Beli itu beli ini.. Tak sempat nak bayar pon.. hahaha.. Bersyukur lah Ada Mak. Loan semua Mak tolong bayarkan. Banyaknya Jasa Mak pada Bisnes ini. Mak cuma tanya, ok ke bisnes? Ok ke bisnes? Aku tahu, bukan mak risau aku tak bayar duit dia. Tapi lebih risau, bagaimana lah aku di masa depan kalo bisnes nie tak jadi..

Selepas 3 Tahun, mak dan ayah berbincang untuk pencen. Lalu mereka berbincang dengan ku dari hati ke hati..

Mak: Abg, Dah 3 Tahun abg buat bisnes nie. Masih nak teruskan jadi bisnesman?
Ayah: Abg, Adik ko tu dah habis belajar. Ayah tak tahu dia nak bekerja atau nak buat bisnes dengan abg.
Mak: Abg, Umur ko makin tua bang. Tu bakal menantu mak tu, siapa nak tanggung kalo bisnes masih macam nie?
Ayah: Abg, ayah bukan apa. Ayah suka jika abg bg je bisnes nie kat adik, pastu abg gi sambung cari pengalaman kerja. Ayah rasa dengan cari nie, syarikat abg akan lebih maju dan berdaya saing. Ingat bang pesan ayah, berundur tak semestinya kalah.

Apa aku boleh kata, ialah semua didikan Mak dan abah tak pernah aku kata tidak. Aku menjunjung segala perintah mereka, teguran mereka kerana aku hanya mengharap REDHA mereka.

Tahun ke 4, segalanya telah berubah. Aku mula memohon kerja. Kerja kerajaan, kerja swasta, kerja GLC semua aku rasa. Aku sempat merasa 5 kali interview. dan paling best, 5 interview itu lulus. Aku pernah hantar 7 proposal kerja, dan semua proposal itu diterima, 2 aku yang tolak, bukan mereka yang tolak.

Betul kata Ayah.

Bekerja aku dapat banyak pengalaman. Sangat banyak. Aku pernah susah buat bisnes sendiri. Bila bekerja aku tak perlu pikir nak bayar gaji orang dah, nak bil api syarikat semua. Cuma bekerja jer, dan tunggu gaji. Buat lebih, bos bagi lebih. Bos sayang, bos naikkan pangkat. Syarikat kecil pon boleh jadi besar dapat staff macam aku..

5 Tahun Menimba Ilmu dengan orang. Dari duduk bujang sampai berkahwin dan beranak pinak.

Aku: Mak, apa kata abang Return semua dalam bisnes?
Mak: Buat lah abg, apa yang ko nak. RM 25k ko dulu, mak dah bayar habis. Mak pon dah tak boleh buat Loan dah. Boleh ke Buat bisnes?
Ayah: Abg, buat bisnes nie, bukan untuk habiskan duit. Tapi buat bisnes untuk dapatkan semula seberapa banyak duit yang kita tiada tu. RM 25k tu orang bisnes boleh dapatkan sebulan jer. Kami kerja kerajaan nie, kena kerja 25 tahun baru dapat buat Loan RM 25k. Cuma ingat abg, sekalipon 9/10 rezeki dari perniagaan, 9/10 juga lah halangan yg abg kena hadapi.
Aku: Abg sangat menyanjung tinggi pengorbanan Mak dan Ayah. Tidak terhitung dan tiada ternilai. Kali ini abg cuma gunakan sedikit wang simpanan berjumlah RM 500. Abg akan jadikan Pandapatan RM 5,000 sebulan, abg akan naikkan jadi 50,000 sebulan sampailah 5 Juta sebulan. Abg tak minta lain, kecuali Redha dan Doa dari Mak dan Ayah..

2018.. 5 Tahun Telah berlalu. Kini aku dah berjaya mencari duit RM 25,000

Aku: Mak Nak Tak abg bg semula duit Mak RM 25,000? Cukup tak mak?
Mak: Mak tak nak. Ko gunalah untuk bisnes. Simpan ke, letak ASB ke. Mak dah cukup dengan duit pencen.
Ayah: Abg, Berniaga nie, bukan selamanya kita ada duit. Ada ketikanya ko sendiri tak merasa gaji. Banyak duit nak kena guna. Kami kerja kerajaan, kami rasa RM 25,000 besar. Abg buat Bisnes, RM 25k sebulan pon belom cukup nak bayar itu ini.. Abg lagi perlukan duit itu..

Ya Mak, Ayah. Semua mak kata betul Semua ayah kata betul. Abg simpan dulu RM 25k kini. Abg akan simpan jadikan RM 250k. Dan 2.5 Juta Simpanan.

Aku harap Mak dan Ayah sentiasa Sihat. Mak pon dah selalu sakit-sakit kat kampung. Ayah nampak cergas seperti biasa, tapi tidak cergas seperti muda-muda mereka dahulu.

Aku sebenarnya dah kehabisan waktu untuk mencapai apa yang patut aku buat dalam hidup. Aku terlepas belanja mereka buat Umrah, terlepas hidup dengan mereka setiap hari. Banyak aku Miss.

Di samping ayah dan mak, kini ada pula tanggungan-tanggungan kecil yang masih riang. Alhamdulillah. Rezeki Allah beri semua nie..

Jika diikutkan, aku nak pindah pejabat sebelah rumah Mak & Ayah. Agar aku dapat rapati mereka hari-hari. Agar keringatku ini kembali berbakti untuk mereka..

Aku berharap Tuhan permudahkan laluan liku-liku bisnes ini supaya sampai ke peringkat yang aku inginkan.

Aku akan teruskan perjuangan menjadi Usahawan Terbilang..
InshaAllah..

Cerpen, Coach Zul
22.02.2018

Karya Asal: C4Biz.myhttp://c4biz.my/bila-bercerita-tentang-mak/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Open chat
Salam Sejahtera,
Apa kami Boleh Bantu?