Jom Sambung Belajar !

Permohonan Program Diploma Kolej FELCRA Sesi 2025 / 2026 Kini Dibuka!

Shape

Kolej Felcra

Video Korporat

Pelbagai Program-Program Menarik Ditawarkan Di Kolej FELCRA Yang Menjadi Salah Satu Kebolehpasaran Dalam Industri Terkini.

Sejarah Penubuhan

Kolej FELCRA

Telah ditubuhkan pada 25 Mei 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.

Shape

Berkenaan
FELCRA Berhad

sejak penubuhannya sehingga kini diselia dan bernaung dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) & diselia oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Ini bermaksud secara tak langsung Kolej Felcra beroperasi dengan kemampuan terbaik dari segi kewangan, infrastruktur, kemudahan fasiliti pembelajaran, tenaga pengajar dan pengurusan serta mendapat pengiktirafan di peringkat kerajaan atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Merealisasikan Hasrat Kerajaan

menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu di peringkat serantau di samping memperkembangkan obligasi sosial (CSR) dan imej korporat FELCRA Berhad selaras dengan motto Kolej FELCRA iaitu ” Membina Masa Hadapan Dengan Pendidikan”.

Penubuhan
Kolej FELCRA

untuk memberi peluang serta menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma supaya generasi kedua FELCRA Berhad akan lebih berdaya saing dan menambahkan bilangan modal insan yang berguna kepada negara.

Jom Sambung Belajar

MEMBINA MASA HADAPAN DENGAN PENDIDIKAN

Program Dalaman Sijil & Diploma Kolej FELCRA

Diploma Pengurusan Pasca -
Tuai

(R/0811/4/0005)(03/2029)(MQA/FA10054)

Syarat Kemasukan :

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk LULUS mana-man mata pelajaran Sains dan Matematik; atau
  2. Lulus STPM atau setaraf dengan minimum gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek; atau
  3. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan (Tahap 3, KKM) atau Sijil/Pra-Diploma atau setara dari mana-mana PPT; atau
  4. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau
  5. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau
  6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau
  7. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Diploma In Agricultural Technology

(R/0811/4/0006)(03/2029)(MQA/FA11535)

Syarat Kemasukan :

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik; atau
  2. Lulus Sijil Keusahawanan, atau Sijil Asas Perniagaan atau Sijil Tahap 3 yang setara dari mana-mana PPT; atau
  3. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau
  4. Lulus SPM dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau
  5. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau
  6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

(R/143/4/0117)(02/2026)(MQA/FA8166)

Syarat Kemasukan :

  1. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  2. Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana matapelajaran; atau
  3. Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya gred maqbul; atau
  4. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak/ Prasekolah dengan sekurang-kurangnya 1 kepujian; atau v. Lulus Sijil Pendidikan Awak Kanak-Kanak (Tahap 3 KKM) yang diiktiraf atau setara dengannya;
  5. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau setara dengannya; atau
  6. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 6 semester

Diploma Pengurusan Amalan Halal

(R/345/4/1077)(12/2027)(MQA/FA9257)

Syarat Kemasukan :

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, DAN LULUS SPM dalam matapelajaran Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Quran Al-Sunnah / Syariah Islamiah / Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Arab Tinggi atau;
  2. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau
  3. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 KKM dalam bidang berkaitan; atau
  4. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  5. Kelayakan lain yang setaraf dengan sijil (Tahap 3 KKM).

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Diploma Pengurusan Perniagaan

(R/345/4/0003)(05/2027)(MQA/FA8475)

Syarat Kemasukan :

  1.  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran; atau
  2. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan , Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Sijil / Pra Diploma atau setara dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi; atau
  3. Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau
  4. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya tahap 3 dalam bidang berkaitan; atau
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Diploma In Human Resources Management

(R/345/4/1065)(08/2027)(MQA/FA9155)

Syarat Kemasukan :

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, atau
  2. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran, atau
  3. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul, atau
  4. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, atau
  5. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  6. vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak

(R/145/3/0055)(02/2025)(MQA/FA139)

Syarat Kemasukan :

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan minima 1 kepujian mana-mana subjek. 

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 3 semester / 1 Tahun 6 Bulan

Program Diploma & Pra Diploma Usahasama UiTM

Pra Diploma Perdagangan Secara Kerjasama Dengan Universiti Teknologi Mara (UITM)

(R/345/3/0412)(04/2026)(MQA/FA7964)

Syarat Kemasukan :

  1. Warganegara Malaysia ; dan
  2. Lulus SPM dengan atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan LULUS matapelajaran Sejarah.

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI serta :
– Lulus Matematik / Matematik Tambahan
– Lulus Bahasa Inggeris

Diploma Pengurusan Industri Perladangan Secara Kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UITM)

(R/622/4/0002)(04/2026)(MQA/FA7966)

Syarat Kemasukan :

  1. Warganegara Malaysia ; dan
  2. Lulus SPM dengan atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris DAN LULUS : Sejarah DAN
  3. LULUS mana-mana DUA (2) subjek berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains Tambahan/Sains Pertanian/Pertanian/Pengajian Agroteknologi/Tanaman Makanan/Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/Lanskap dan Nurseri/Pengeluaran Tanaman/Hortikultur Hiasan dan Lanskap/Kejenteraan Ladang/ Pengurusan Ladang/ Asas Kelestarian/ Sains.

ATAU 

LULUS : Pra Diploma Perdagangan

Diploma Pengajian Perniagaan Secara Kerjasama Dengan Universiti Teknologi Mara (UITM)

(R/340/4/0679)(04/2026)(MQA/FA7941)

Syarat Kemasukan :

i. Warganegara Malaysia ; dan

ii. Lulus SPM dengan atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Sejarah.
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran :
– Matematik / Matematik Tambahan
– Bahasa Inggeris

Syarat Khas – Lepasan PRA Diploma UiTM :
Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (PD003) dari UiTM

Syarat Khas – Lepasan APEL (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTAL LEARNING) :
– Lulus MQA (ujian Aptitud dan Penilaian Portfolio).
– Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan.
– Pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
– Lulus temu duga peringkat fakulti.

Prasarana & Kemudahan

Jom lihat prasarana di Kolej FELCRA

FAQ

Soalan-soalan Lazim

Kolej FELCRA ditubuhkan pada 25 Mei 2012 dibawah FELCRA Education Services Sdn Bhd iaitu salah satu syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.

FELCRA BERHAD merupakan syarikat milik kerajaan yang mana sejak penubuhannya sehingga kini diselia dan bernaung dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Kementerian kewangan (MOF). Ini bermaksud secara tak langsung Kolej FELCRA beroperasi dengan kemampuan terbaik dari segi kewangan, infrastruktur, kemudahan fasiliti pembelajaran, tenaga pengajar dan pengurusan serta mendapat pengiktirafan di peringkat kerajaan atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Setakat ini semua program akademik yang ditawarkan bersifat sepenuh masa sahaja. Walaupun terdapat permintaan untuk mengikuti PJJ, namun atas sebab- sebab tertentu program PJJ masih belum boleh dijalankan. Dari segi sambutan, jumlah permohonan yang diterima masih sedikit dan belum mencapai ‘volume’ yang economical untuk kami menjalankan program seperti ini.

Bahasa pengantar yang digunakan – sebagaimana yang diluluskan oleh MQA – ialah dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu bagi program Diploma, dan Bahasa Melayu bagi program Sijil.

Berikut merupakan sumber pembiayaan yang ada di Kolej FELCRA:-

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pengeluaran Pendidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Dana Bantuan kewangan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak
  • Dana Bantuan kewangan Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Dana Bantuan kewangan Pelajaran Negeri Selangor

Kemudahan disekitar kawasan Kolej ialah :

  • Klink Kesihatan Kerajaan (Bersebelahan Kampus)
  • Farmasi
  • klinik Pergigian
  • Klinik Swasta
  • Masjid
  • Mesin atm
  • Agro bank

Jom daftar bersama Kolej FELCRA dan membina masa depan anda bersama kami.

sambung belajar

HUBUNGI KAMI

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Scroll to Top