#1 Tiada Bisnes Model
Bisnes Model paling senang nak belajar masa kini ialah BMC (Bisnes Model Canvas). Itu paling simple dan asas yang anda perlu hadam, perlu bagi penekanan dalam bisnes anda. Model bisnes penting supaya anda ISTIQOMAH / KONSISTEN buat bisnes. Kita bisnes bukan hari nie jer. Kalau boleh esok, lusa, tahun depan, 5 Tahun dan 100 tahun lagi, bisnes kita masih wujud. Jadi perlunya bisnes Model.
Owh Ya, bisnes model menjadi sangat-sangat-sangat penting, jika anda bisnes Owner kepada syarikat/produk itu. Bisnes model ada, maka anda berkeyakinan tinggi untuk pergi lebih jauh dan terbang lebih tinggi.
#2 Tak Pasti Bila Nak Buat Sales & Marketing
Haa.. ini best. Dia tak tahu bila kena buat Marketinbg dan bila kena buat Sales. Bagi dia semua nie sama. Gais, Sales + Marketing nampak sama tapi berbeza. Sales Boleh Masuk Duit. Marketing kemungkinan bahasa yang senang faham ial;ah (perabih duit.)
Anda Sewa Booth Utk Jualan Selama 3 hari di PKNS, Shah Alam = Sedang Buat Sales.
Anda Pamerkan Signboard, Flyers + Bisnes Card di PKNS, Shah Alam = Sedang Buat Marketing.
Anda Lantik 300 Agen di seluruh negara jual produk anda = Sedang Buat Sales.
Anda Pasang 10 BillBoard dan Run FBAds tiap-tiap hari = Sedang Buat Marketing.
Contoh 1 Situasi, anda sedang tonton TV. Kemudian lalu iklan KFC. Adakah anda segera beli KFC pada ketika itu? Sudah pasti lah tidak. Peratusan untuk anda Call ialah 0.01%. Dalam Sejuta, maybe ada segelintir yang terus call ORDER. Sebab pada ketika itu KLFC hanya buat Marketing. Mereka belom buat Sales.
Jadi Bila Sales Berlaku? Sales berlaku apabila anda keluar ke Pasaraya, tiba-tiba ada 2 org adik manis (berpakaian KFC) hulurkan flyers dengan mempelawa anda dan jemput anda Makan di KFC. Dek kerana anda teringat tentang “Sedap Hingga Menjilat Jari” itu semasa menonton TV, anda pon singgah dan makan.
Clear?
Dah tahu bila nak buat Sales & Marketing bagi produk anda?
#3 Tak Cipta Brand
Bukan senang nak faham tentang Brand. Dan pemahaman tentang Brand saya sendiri masih lagi belajar. Anda kenal GRAB? G.R.A.B ialah Brand. Utk kasi org faham brand apa, mereka pon tambah Grab Car. Sampai suatu ketika, orang dah tak sebut “Jom Kita nak Grab Car..“.. Orang hanya sebut, “Jom Kita Naik Grab..”
Orang kita tak faham di mana Coach?
Katakan saya buat Maruku. Saya pon namakan “Maruku Chesee Enak Berkrim“. Saya pon bgtau khalayak ramai, ini brand saya.. Ini Salah Faham Tentang BRAND. Brand ialah 1 nama yang kita wujudkan. Contoh: MaCheeseKrim. Org akan tertanya-tanya, apa tu? Kita pon cakap, MaCheeseKrim ialah Maruku Cheese Lemak Berkrim. Dan bila dah femes, org akan order, “MaCheeseKrim 1”.
Boleh Faham Tentang Brand? Cipta lah Brand anda.
Brand boleh berlaku kepada 2 keadaan:
- Produk(Anda Bagi Nama dan jadikan Produk itu terkenal)
- Diri (Anda Jadi Ikon Kepada Brand Anda, Sampai Org Kenal Anda)
Cipta Brand boleh dilihat dalam banyak jenis:
- Packaging (Warna, rekabentuk)
- Nama (Tulisan, Sebutan)
- Logo (Pattern, Jenis)
- Bunyi (Bunyi)
- Rasa (Perasaan, Bau, Deria)
Boleh Cipta Brand Anda? Harap Membantu..
#4 Berasa Web Tak Penting
Sebagai peniaga Online, sudah tentu lah Web adalah alemen penting anda. Anda perlu fasih dan faham tentang 3 perkara ini:
- Media Sosial (FB, IG, dan lain-lain)
- Websites (Domain Sendiri atau tumpangan)
- Search Engine (Google, Yahoo dan lain-lain)
Media Sosial untuk anda kenal ramai orang. Dan perkenalkan Produk anda kepada ramai orang, hasilnya orang ramai akan kembali kepada anda. Gunakan Media Sosial Perniagaan ye, bukan personal..
Websites? Bila org nak kembali kepada anda, mereka anda rujuk dan cari di laman web anda. Nampak sahaja www anda, mereka lebih konfiden untuk mempercayai anda.
Biasanya mereka guna Search engine untuk mencari anda. Google yang paling femes lah jika di Google.
Berapa Kos beli Web? Biasanya RM 60 Jer (Domain + Hosting). Dan cari lah Web Designer yang berpengalaman untuk design web anda. Boleh Rujuk laman web Partner Coach Zul ini >> (SIFOOWEB)
#5 Fokus di Media Sosial Sahaja
Boleh Fokus di Media Sosial sahaja. Anda berperang di 1/3 Platform perniagaan yang sepatutnya anda ceburi iaitu Media Sosial, Web + Search Engine. Media sosial pon saya lihat tak semua yang patut anda ceburi. Ada bisnes mereka fokus kepada IG. Ada bisnes fokus di FB. Ada bisnes di WeChat. Ada bisnes di Telegram. Tak kisah mana2 channel, asalkan anda MASTER utk buat sales di Media Sosial Anda.
Cuma..
Media Sosial boleh berubah. Sebab itu kehendak pengguna (TREND). Cthnya dulu guna Frenster, skrg FB kemudian zaman Instagram.. Mungkin lepas nie zaman We Chat.. Who Knows.. hihihi
Namun, Websites anda Tetap Tak Berubah. Ia adalah nadi dan tunjang bisnes anda!!
So, selain media sosial, anda perlu selongkari juga Google, web dan sebagainya.. Banyak lagi ruang untuk anda ceburi!!
#6 Tak Pandai Urus Kewangan
Ya. tak dinafikan, saya juga lemah dalam pengurusan kewangan. Dan perkara ini mesti dalam kesedaran kita. Bila duit selalu Lost, kita kena beringat dan cegah segera.
Urus kewangan supaya bisnes berkembang. Ada team. Ada agen. Ada macam2 aset utk syarikat. Manage sebaiknya. InshaAllah.
Saya selalu pesan, kita orang bisnes, kita tiada gaji bulan2 gerenti masuk. Kita tiada gerenti hari-hari masuk duit. Ada ketikanya 6 bulan tak masuk Sales (wah tak tau la bisnes apa nie.. kihkihkih).
So Urus lah kewangan dengan baik. Kita perlu pencen juga suatu hari nanti. Kita perlu bersedia masuk wad. Kita perlu bersedia gi Haji & Umrah. Kita perlu bersedia membantu rumah2 kebajikan dan buat amal. Kita perlu semua itu. Bisnes bukan untuk perut kita kenayang semata, bisnes ialah untuk memakmurkan nilai sejagat.
Apa lagi orang bisnes kejar selain duit? Ya. Urus Duit dengan baik. Tak kaya tak apa, janji tiada hutang. Dari kaya, tapi hutang berjuta. Dan yang terbaiknya adalah Yang Kaya Dan Boleh bantu lebih ramai orang!!
#7 Tiada Team / Network
Jangan buat bisnes seorang diri. Bisnes akan tutup awal. Sebab? Tiada roh. Tiada jiwa. Sebab tu utk bukan Sdn Bhd, perlu 2 orang. hihihi.. (Maaf Tak de kaitan pon), cuma saya nak sampaikan, dalam bisnes perlu ada TEAM. Perlu ada Men Power yang cukup.
Dalam konteks ini, kita boleh ambik dia sebagai rakan kongsi, atau staff. Ataupon kita jadikan dia Partner kita (Network kita).
Ada team, bisnes boleh gerak lebih jauh, ada rakan berbual, ada rakan bergelak ketawa. Ada rakan bergaduh. Bisnes tanpa bergaduh, tak de Roh dan semangat. Kitaran bisnes penuh warna warni. Orang kata: Carik-carik bulu ayam. Kita akan ada salah silap. Dia ada salah silap. Saling tegur-menegur.
Binalah NETWORK anda seluas-luasnya.. Dari jaguh kampung kepada jaguh daerah. Dari Daerah kepada Negeri. Rentasilah ke negeri lain. Terbang lah di Sabah & Sarawak. Kepulauan Borneo. Singapore, Indonesia dan seantero Asia.
Bisnes Kita, Impian Kita. Biar sampai ke Bintang..
#8 Tiada Roadmap
Ala.. Bisnes saya nie Coach saya buat sekadar cukup makan jer.. Macam nie pon Alhamdulillah.. Syukur. Ia. Ini ialah konsep bersyukur yang kita inginkan. Apa Jua Allah berikan, kita syukuri.
Tambah lagi dengan Roadmap. Roadmap boleh buat jangka pendek, jangka panjang. Jangka Pendek, boleh ambik 3 bulan-3 bulan. Untuk Check up, kat mana boleh Topup, kat mana boleh tambah baik.
Jangka pangjang buat lama sikit, 2 Tahun? 5 Tahun? 10 Tahun? Dimana bisnes kita.
Betul hari ini kita cukup makan. Dengan harga minyak dan harga rumah semasa. Bagaimana 10 tahun lagi? Harga semasa akan berubah. Bisnes kena berubah..
Tugas kita ialah mencapai ROADMAP yang kita inginkan!
#9 Tiada Mentor / Guru / Coach
Ah ini sangat senang. Di Malaysia ramai Guru. Di Malaysia Mentor tumbuh bagai cendawan. Seolah-olah belajar di Universiti sudah tidak valid lagi. Degree, Diploma juga dah boleh bawak ketepi..
Gini.. Konsep mencari ILMU, tak kira siapa pun beliau, dia pernah buat bisnes atau tidak, dia sukses atau tidak, kita ambik 1 prnsip, sekiranya apa yang diajar, boleh guna dalam bisnes, maka GUNAKAN.
Mencari Mentor yang bagus, mungkin Mahal. Nak belajar personal dengan saya pon sama. Mentor pon cari duit juga betul?
Nie saya bagi Tips.. Dan Tips ini tak ramai orang guna..
- Cari Mentor yang Kita Boleh Ambik peluang ke atasnya. Cth “Boleh Sembang-sembang, Boleh Join kelas FREE beliau dan sebagainya”. Tak ramai mentor yang macam nie. Coach Zul salah seorang.. hihihi
- Buat-buat nak berguru dengan beliau. Up mereka kaw-kaw. Supaya mereka terima kita jadi anak didik. Mana tahu dapat belajar FREE lagi sekali.. kan kan kan..
- Bila berjaya, sebut nama-nama guru tu tadi.. Bangga mereka Weh.. Kadang-kadang saya mennangis melihat usahawan yg saya didik dah jadi Jutawan.. Sebab apa saya menangis? Bukan sebab terharu tau.. Sebab saya pon tak Jutawan lagi.. huhuhu.. Dan saya betul-betul menangis, jika dia kata, TQ Coach, membawa saya hingga ke peringkat ini.. Waahhh apa yg dah aku buat sampai ko Jutawan????
Itu lah Mentor & Coach. Mereka tidak Kaya dengan duit. Tapi mereka kaya dengan ILMU. Lihat cikgu-cikgu kita, Jutawan kah mereka? Tak.. Tapi kita sanjung & Kenal mereka yang memberi kita kefahaman untuk mengira, mengeja dan mengenal erti kehidupan dan ILMU.
Okey, sekian sahaja perkongsian dari Coach Zul..
http://c4biz.my/9-kesilapan-usahawan-online/