Rayuan Kepada Pelajar Praktikal

RAYUAN KEPADA PELAJAR PRAKTIKAL,

1.0 Tuan/puan yg praktikal, saya merayu utk anda gunakan budi bahasa apabila menghantar email kepada bakal majikan (tempat anda praktikal). Bukannya hantar Subjek, pastu lampiran terus. Seolah-olah dah kenal 25 Tahun yg lalu.

2.0 Apabila nak ber-whatsapp Pengurus, gunakan bahasa Tuan/Puan/Encik, hatta Pengurus itu Abang anda sekali pon. Jangan nak Guna Abang, Bro.. Pui.. Geli aku dengar.. Dan Whatsapp lah sendiri, bukan mintak sepupu yg whatsapp bg pihak anda. Atau gunakan alasan sibuk Exam atau sibuk segala macam. Dah tu pengurus syarikat tu x sibuk?

3.0 Apabila menghantar Surat, lampirkan sekali Resume anda tanpa Pengurus perlu reply, boleh lampirkan resume? Boleh mintak gambar? Aihh.. Sapa nak mintak sapa ni?

4.0 Apabila nak call, whatsapp dulu dengan ayat, Tuan/Encik boleh saya call encik sekarang? Atau jika nak call juga, gunakan no Telefon pejabat. Rileks. Jgn nak kecoh2. Pas tu jika Pengurus tu tak reply, jangan gelabah tak tentu pasal tulis “Maaflah jika tak sudi terima whatsapp saya”. Oii.. Pengurus tu terlepas pandang lah tu, Update la balik.

5.0 Belom masuk aku sentuh gunakan email adikcumel@gmail.com . Haduh.

6.0 Dan tanya lah last sekali, soalan Berapa Elaun. Jangan jadikan soalan ini nombor 1, sekalipun ia Utama bg amda!! Jangan ingat tanpa anda, mereka akan susah. Anda kena pegang pendirian ini: “Korang ada, kami terima. Korang xde pon kami tak pernah kisah”

7.0 Lagi-lagi aNda Degree HOLDER!! Geng Ambik Sijil kadang2 lebih sopan dari anda semua. Ish.. Apa dah jadi? Ini baru memohon. Belom masuk praktikal lagi nih.

8.0 Jika anda tak tahu semua ini, maka tanyalah pensyarah anda. Malas tanya pensyarah, tanya lah kawan2 anda. Senior anda, dan lain-lain. Jangan malukan Universiti Anda. Dah malas sangat nak tanya, petik lah Google di Phone anda yg mahal tu..

9.0 Sebelom start hantar permohonan, rujuklah laman web syarikat anda nak praktikal tu. Jgn tunjuk sangat syarikat kecil kami nie sekadar bekap Jer. Kot2 Petronas Reject, baru nak pegi. Jika rasa xnak, kanpeni kecik. Misti elaun xde. Misti xbest. Mesti itu mesti ini. tak payah Apply. Lg sekali, anda ingat hal no 6 yg aku bgtau tadi.. Dan jika syarikat kecik ni pon dah tak nak, xtau la jika PETRONAS terima. Untung la, jika Petronas Terima. Aku nak ucapkan Tahniah. Bkn utk korang, tp untuk PETRONAS. All The Best.

10. Kami bukan SOMBONG, cuma HANGIN jer. Anda perlu UPGRADE ATTITUDE + baik santun bahasanya. Ada sorang Mahasiswa dulu, sebab terlalu bagus budi bahasanya, sekalipon xde posisinya, Pengurus itu rela perkenalkan pada syarikat2 lain, Sampailah beliau dapat Praktikal.

Sekian, Rayuan Saya..
Mewakili Pengurus Syarikat kecil kecilan..

Aku rasa nak Call je Supervisor ko nih. Buat kursus Get That Job bersama Coach Zul

Ini bukan kejadian pertama!! Bertahun-tahun, tak selesai-selesai.

😡😡

//Marah nie Bukan sebab benci. Tp nak lihat anda Sukses di lain masa, hingga berjaya ke PETRONAS!!

#doneNgepek

Sumber Asal: https://www.facebook.com/zulhazriazmi/posts/10214342961548929?__xts__[0]=68.ARD-2NLT352zFRmHTM0bZsrCydoqbuMwI5S1tjnx2JtxND_5GZLe4sHIfZb1ng-0Mpp8lKakbCH0Zh86o55BEdE5KPla5qMGZ2jAVoz4HIe6Ltd1eR-s6hnARAuah3r_PTOR5UZowomZrt8M3f4kKpHa9xnBTd_1zga6ATbitvylIH6A27eLyM8&__tn__=C-R

4 Comments

  1. Cobus Bester March 26, 2014
    • Coen Jacobs March 26, 2014
  2. john March 26, 2014
  3. Matt March 26, 2014

Leave a Reply