Kem Motivasi

Pengenalan Kem Motivasi & Objektif Kursus

Modul ini disediakan khusus untuk peningkatan motivasi pelajar-pelajar yang merupakan pemuda yang bakal memimpin di masa hadapan.
3 Objektif yang ingin dicapai dalam kursus ini adalah:

1.       Mempunyai tahap kesedaran terhadap tanggungjawab kepada diri dalam kehidupan dan kepimpinan, dan memahami tanggungjawab sebagai khalifah

2.       Membina hubugan dengan Allah dan mampu menjaga hubungan dengan manusia

3.       Pembentukan nilai sahsiah dan akhlak cemerlang

Metodologi kursus

·      Ceramah (40%)

·      Kajian Kes, perbincangan dan latihan dalam kumpulan (30%)

·      Simulasi Aktiviti dan Aktiviti Luar (30%)

SINOPSIS PROGRAM

Kursus Motivasi Pelajar

Pembentukan Motivasi sahsiah dan jatidiri diri yang mantap, cemerlang dari segi persiapan spiritual, emosi dan fizikal menjadi keperluan bagi anak-anak muda dan golongan remaja masa kini.

Membina Insan Remaja secara holistik dalam program ini menetapkan 5 prinsip yang perlu diberi penekanan iaitu:

  1. Ketaatan kepada Allah & Rasul (Kekuatan Rohani)
  2. Ketaatan kepada ibu bapa (kekuatan Emosi)
  3. Kecintaan terhadap Ilmu (Kekuatan Minda/Intelektual)
  4. Kefahaman tanggungjawab dan mengasihi diri dan orang lain
  5. Memelihara diri dan ahli keluarga (Kecerdasan Fizikal)

Program 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam ini khusus untuk membentuk kesucian jiwa peserta dengan proses pembentukan rohani, jasmani, emosi dan kecerdasan minda cemerlang, sekaligus memberi impak berkesan ke arah perubahan dan penambahbaikan diri pelajar ke satu tahap yang membanggakan dengan adaptasi pelbagai program Indoor / OutDoor di Photon Valley Resort Camp, Hulu langat yang pasti membawa 1001 pengalaman menarik dan membawa kepada perubahan positif kepada peserta.

MODUL PROGRAM

Kursus Motivasi pelajar

MODUL 1: Adab, Adat, Etika

  1. Peserta didedahkan untuk sentiasa sedar tanggungjawab terhadap diri sebagai pemimpin kepada diri sendiri dan keluarga.
  2. Peserta diberi pemahaman teras kepimpinan iaitu sentiasa menghormati orang lain dan menyempurnakan tanggungjawab diri.
  3. Peserta dilatih untuk percaya kepada kebolehan diri sendiri dan yakin terhadap kemampuan diri.

MODUL 2: Take-Charge: CEMERLANG ITU PILIHAN SAYA!

  1. Peserta mempelajari Usah Membangau Lagi!
  2. Pendedahan tentang hakikat kahidupan ialah PILIHAN SAYA!
  3. Kuasa PILIHAN dalam kehidupan

MODUL 3: Perkasa Nilai MOTIVASI dalam DIRI

  1. Peserta didedahkan dengan nilai Motivasi dalam DIRI untuk melahirkan Circle yang Positive setiap hari
  2. Peserta tahu membezakan antara Motive + Action
  3. 6 Prinsip Teras Motive & Action

MODUL 4: Komunikasi Hebat: KOMUNIKASI CEMERLANG

  1. Peserta didedahkan dengan 1 teknik komunikasi hebat (dalam ertikata percakapan) iaitu SALAM MESRA
  2. Peserta diajar untuk menggunakan bahasa positif dalam kehidupan kerana setiap percakapan dan perbuatan adalah doa kepada kecemerlangan diri dan orang lain
  3. The Power of D.O.A

MODUL 5: Motive & Action: SOIF

  1. Peserta diajar untuk membuat pelan tindakan perubahan pada diri selepas kursus untuk mencapai matlamat peribadi cemerlang
  2. Peserta diberi pendedahan untuk menghargai, bersyukur dan membuat penambahbaikan kepada diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup
  3. SOIF adalah penekanan terhadap Pelan Tindakan selepas kursus yang mendedahkan peserta kepada transformasi diri selepas program dan melahirkan insan yang cemerlang yang menggabungkan nilai kekuatan pada diri, peluang yang menanti diri ketika mencapai kecemerlangan hidup. Penambahbaikan kepada diri dan keyakinan dalam mencapai matlamat hidup.

Cadangan Jadual Program

 

 

 

Hari Pertama

10.00 am               –               Ketibaan Peserta & Guru Pengiring

Taklimat Program

Majlis Perasmian / Serahan Tugas Kepada Konsultan

11.00 am               –               Ice Breaking

12.30 pm               –               Makan Tengahari

1.00 pm                 –               Check In / Solat

2.30 pm                 –               Smart-Team Modul 1

                                –               Latihan Dalam Kumpulan   I                              

4.30 pm                 –               Solat Asar / Minum Petang

5.30 pm                 –               Latihan Dalam Kumpulan II (Riadah Petang)

6.30 pm                 –               Urus Diri / Makan Makam

07.30 pm               –               Solat Maghrib / Kuliah Maghrib
–               Solat Isyak

09.00 pm               –               Smart-Team Modul 2 SAYA!

10.00 pm               –               Night Walk / Minum Malam

11.00 pm               –               Rehat

Hari Kedua

05.30 am               –               Solat Subuh / Kuliah Subuh

07.00 am               –               Selamat Pagi Photon Valley (Senam Robik)

07.30 am               –               Sarapan Pagi

08.30 am               –               Smart-Team Modul 3

10.30 am               –               Minum Pagi
11.00 am               –               Jungle Trekking + Survival

12.30 pm               –               Makan Tengahari

01.00 pm               –               Solat Zohor

02.00 pm               –               Smart-Team Modul 3

05.00 pm               –               Minum Petang / Solat

6.30 pm                 –               Urus Diri / Makan Makam

07.30 pm               –               Solat Maghrib / Kuliah Maghrib
–               Solat Isyak

09.00 pm               –               Smart-Team Modul 4 : Sayang Sahabat, Sayang PASUKAN

11.00 pm               –               Rehat

Hari Ketiga

05.30 am               –               Solat Subuh / Kuliah Subuh

07.00 am               –               Selamat Pagi Photon Valley (Senam Robik)

07.30 am               –               Sarapan Pagi

08.30 am               –               Smart-Team Modul 5

10.30 am               –               Minum Pagi / Majlis Penutup
11.00 am               –               Majlis Penutup

12.00 pm               –               Bersurai

** Pindaan dibolehkan dengan persetujuan jurulatih dan guru.

MASTER TRAINER: Coach Zul

Seminar KEPIMPINAN sila Rujuk di : http://smartcamp.my/kem-kepimpinan/

4 Comments

  1. Coen Jacobs March 26, 2014
  2. Joseph Scott March 26, 2014
    • john March 26, 2014
  3. maria March 26, 2014

Leave a Reply