Our Trainer

Biodata Penceramah

Coach Mohd Zulhazri Azmi

TUAN MOHD ZULHAZRI BIN AZMI merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang teknologi maklumat dan pernah mendapat kursus professional dari Microsoft (M) dan berkhidmat selama 5 tahun sebagai tenaga pengajar bersama Microsoft (M) kepada sektor awam dan swasta.

 

Mendapat pendidikan tinggi (ijazah Sarjana Muda) di Universiti Putra Malaysia (UPM) kemudian melanjutkan pelajaran dalam Master of Business Admin di OUM. Beliau berpengalaman hampir 5 tahun mengurus dan mengendalikan sebuah syarikat swasta berstatus MSC (Malaysia Super-Corridor). Sepanjang perkhidmatan, beliau terlibat secara langsung dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Dell, Intel, Kaspersky dan sebagainya untuk inovasi sains, pendidikan, teknologi dan pembangunan latihan korporat.

 

Budaya pemikiran aras tinggi diterapkan sebagai rutin amalan hidup beliau sepanjang berkhidmat dengan beberapa agensi syarikat multi-nasional yang lain, bagi merapatkan hubungan diplomatik dan mengurus perniagaan untuk mencapai kelas tersendiri.

 

Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk mengurus syarikat sendiri iaitu Prolead Consultancy. Selain daripada itu, beliau turut mendapat pengiktirafan dan kemahiran pengendalian lain di antaranya ialah Certified SOIF Coach, Professional Learning Facilitator (PLF) dan Certified NLP Hypnotherapy. Antara latihan yang sinonim dengan kepakaran beliau termasuklah pembangunan latihan professional diri & pasukan, pembangunan profesional organisasi, Train the trainers dan kursus kemahiran ICT yang ditawarkan IQP Solutions.

IQP Solutions: Intelligence Quality Partner!

Gambar Kenangan Coach Zul bersama 200 Usahawan dalam program eUsahawan pada 21 Mei 2017

 

Scroll to Top
Open chat
Salam Sejahtera,
Apa kami Boleh Bantu?