SMARTCAMP! PLF (Become Professional Learning Facilitators)
SmartCamp! Professional Learning Program kini menawarkan Kursus PLF kepada badan korporat, kerajaan dan persatuan-persatuan di Malaysia.
Ikuti wawancara dengan Pengurus IQP Solutions berkenaan Program PLF @ SmartCamp!
Laporan Wartawan kami Bersama Tuan Mohd Zulhazri Bin Azmi, Isnin, 29/4/2014 salah seorang peserta yang berjaya menamatkan program akreditasi PLF yang berlangsung pada 25-27 April 2014 bersama 35 PLF yang lain.
Apa Itu PLF pada pandangan Tuan?
Well, PLF adalah Professional Learning Facilitator. Jadi apabila kita kata “Saya seorang fasilitator”, ia jauh beza dengan perkataan “saya seorang trainer”. Membezakan ‘Fasilitator’ dengan ‘Trainer’ adalah perkara asas, perkara pokok yang perlu difahami dahulu, baru lah kita boleh letakkan satu standard kefahaman berkenaan “Profesional Fasilitator”. Demikian juga dengan kefahaman terhadap “Learning” berbanding “Training”. Learning merupakan Pembelajaran. Pembelajaran mengandungi maksud tertentu apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, ada maksud yang tersendiri mengapa kita buat aktiviti ini, apa tujuan dia dan sebagainya. Dan bagi kami Proses Pembelajaran tidak akan pernah berakhir sampai bila-bila kerana Ilmu Allah Maha Luas dan tidak akan habis. Setuju dengan saya? (Anggukkan kepala). Manakala “Training” bagi kami adalah prose belajar jangka masa singkat sahaja (short-term). Dan bagi kami, bukan setakat pemahaman tentang Short-Term sahaja bahkan kami bersetuju jika sebut trainer, Pengajar Ikan Dolphin juga disebut Trainer. Pengajar haiwan liar seperti gajah juga disebut Trainer. Jadi kami kategorikan Fasilitator adalah jauh jauh jauh lebih baik dari menggelarkan diri kami Trainer. (Senyum)
Baik. Tuan kata tadi pembelajaran Short-Term. Tuan ingin kupas berkenaan itu?
Ya. pembelajaran Short-Term saya gambarkan dengan latihan untuk menang acara lumba lari 100 m. Jadi setiap hari kita di arahkan training bermula jam 5 petang dan memulakan larian serta pertingkakan prestasi larian dan bila tiba hari pertandingan, kita lari sepuas hati dan menang. Selepas kemengan tersebut ia menjadi sejarah dalam hidup kita. Suatu masa nanti, kita bercerita tentang training atau latihan, serta kaedah-kaedah yang kita guna sehingga menang acara tersebut. Itu sahaja.
Tetapi ‘Learning’ goes to Beyond that level. Sekiranya merujuk kepada cerita lumba lari sebentar tadi, istilah pembelajaran (Learning), ia memberi kefahaman Mengapa kita buat begitu atau begini. Sekiranya kita nak menang, Apa action Plan? Bagaimana nak atur strategi? Apa perancangan masa depan? Apa penambahbaikan yang boleh dilakukan? Mengapa kaedah ini digunakan? Dan sebagainya. Itu ialah Pembelajaran, bukan sekadar Latihan (not only training, but learning).
Pembelajaran tidak khusus kepada latihan bermula jam 5 petang sahaja, atau berlatih bersungguh-sungguh dan baru mencapai kemenangan. Pembelajaran adalah proses memahami mengapa aku perlu buat perkara tersebut dan apa penambahbaikan yang perlu aku buat untuk meningkatkan prestasi kepada yang lebih baik.
Apa Kesan Memahami Beza Training dan Learning itu tadi kepada diri?
Baik. Di sini kita mengandaikan dengan Training setiap hari Jam 5 Petang, bersungguh-sungguh dan kita mencapai kemenangan. Thats ok.
Then orang boleh claim Macam sama je Training dengan Learning? Itu adalah perspepsi yang salah.
Bagaimana pula kalau kita mencapai kekalahan demi kekalahan? Training dah banyak, tetapi kalah, kalah dan kalah.
Selalunya, kita akan BANGAU-kan Latihan itu tadi. Kita kata jurulatih tak ajar dengan teknik yang betul. Kita BANGAU-KAN masa latihan yang singkat. Sepatutnya kena Pukul 4 petang, baru berjaya. Kita BANGAU-KAN bermacam-macam termasuk juga lah Duit, Ahli Keluarga yang tak Supportive, Peminat yang tak beri sokongan padu dan Sebagainya.
Sekiranya kita ubah dari konsep Training kepada Learning dengan kaedah PLF, saya percaya RESULT (hasil) nya akan jadi lain.
Disebabkan kita FAHAM Konsep Pembelajaran (Contohnya Lumba Lari), So kita faham untuk menang kena banyak berlari. Its not about training 5 pm everyday. Its about how you do it Well ! Maka Setiap MASA, adalah Latihan kepada kita. lalu kita membudayakan larian dalam hidup kita sehingga sebati dalam jiwa. Dan apabila memulakan pecutan, degupan jantung, minda, jasad dan roh akan bekerja selari menuju garisan penamat! Menang atau Kalah belakang cerita, yang penting kita telah melalui proses larian yang betul, proses latihan yang betul, dan dalam etika pembelajaran, sebenarnya kita telah MENCAPAI KEMENGANGAN! Sehinggakan suatu masa nanti kita boleh sampaikan kepada orang lain.
Saya juga percaya sekiranya GAGAL sekalipun, kita tidak menyalahkan masa dan sebagainya sebab kita telah buat perkara yang BETUL dan TERBAIK pada waktu itu. Kita tidak salahkan jurulatih dan kita akan sentiasa perbaiki diri dan pertingkatkan Keyakinan atau kami sebut FAITH.
Budaya program dalam PLF tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya ia akan berbalik kepada diri sendiri. What’s Your BANGAU?
Mungkin ada cabaran untuk memperkembangkan PLF di SmartCamp!?
Suka saya perkenalkan, PLF adalah program dari Take Charge Learning System melalui Tuan Master Rizal. PLF is about Big Family. Sehingga kini Take Charge telah memperkenalkan PLF kepada hampir 1000 orang dalam dan luar negara.
Hasrat saya adalah membawa kursus PLF di dalam Pakej SmartCamp! dan PLF tentunya akan dikendalikan oleh orang yang diberi akreditasi oleh Tuan Master Rizal sendiri. Kami memilih untuk menyahut Cabaran beliau untuk menyebar dan menyampaikan PLF kepada semua golongan.
Menyentuh isu cabaran, Ya, Cabaran sentiasa dan selalu ada. Dan, kita tidak takut kepada cabaran. PLF ada FAITH. FAITH membantu kita untuk kekal YAKIN dengan matlamat asal (intention), atau dalam ISLAM kita sebut Niat. Niat kita hanya 1 iaitu menyebarkan Ilmu yang baik dan bermanfaat untuk diamalkan kerana Allah.
Boleh Tuan Ceritakan Sedikit Kandungan PLF atau Objektif PLF itu sendiri?
Become a PLF bukan sesuatu program yang dirangka untuk membolehkan kita nak buktikan sesuatu kepada orang ramai. Becoma A PLF program, menjadikan kita lebih kenal Diri Sendiri. PLF menyentuh berkenaan beberapa perkara penting dan diperkuatkan dengan elemen Coaching, NLP, Hipnosis, Psikologi, STOP BANGAUING dan sebagainya.
Saya bawakan 1 keadaan: Seorang Remaja V Meninggalkan Solat. Dan apabila ditanya mengapa kamu meninggalkan solat, remaja V akan memberikan alasan:
Kerana Bangun Lambat Sebab tu Tak Solat Subuh. Kerana bangun lambat? Sebab Tidur Lewat. Kenapa Tidur Lewat? sebab Main Game. Main Internet. Lepas Maghrib Isyak buat apa? Owh saya main Futsal. Jumpa Kawan2. Kenapa tak kurangkan waktu jumpa kawan2 dan siapkan kerja lebih awal dan bangun Subuh? Owh sebab ini, itu, begini dan bla-bla..
Ini yang kami panggil BANGAU. Menyalahkan perkara lain padahal ia adalah faktor diri sendiri. Jadi, sebut pada diri sendiri “Usah Membangau Lagi”. (Senyum)
Menjadi Fasilitator Professional, kita bukan sekadar diberitahu bagaimana untuk Setup Minda untuk menjadi baik, bahkan kita diterangkan bagaimana untuk Pasakkan niat yang baik itu dalam hati untuk dilakukan segera! “We call it Seal Your Intention”. Pateri Niat. Dengan terpatri azam atau niat, ia memberi kesan yang lama kepada seseorang dan bukan Short-Term. Anda akan bertemu dengan slot ini yang dipanggil SOIF.
Menjadi Fasilitator Professional bukan sekadar mengikut, menyalin atau melakukan apa yang diberitahu, bahkan diberitahu sehingga mengapa berbuat sedemikian. 1 contoh lagi ya, seorang client meminta kita untuk memberi Kursus tentang Pengurusan Masa. Sebagai PLF, kita faham Ayat “Pengurusan Masa”. Dan PLF akan bertanya lebih detail “Pengurusan Masa Yang Bagaimana Ye?”
Ia dilihat perkara yang kecil tetapi sebenarnya memberi impak yang besar. Mengapa? Kerana apabila kita tidak FAHAM tentang apa yang orang nak, kita terus membuat andaian mengikut apa yang kita Faham. Dan sebab itu saya berpendapat, senang wujud pergaduhan dan sebagainya hanya kerana perselisihan faham.
So, PLF gonna be BEYOND that. Bagaimana cara kita tanya, cara kita fahami dan cara kita fasilitate mereka untuk pilih Gol mereka. Fasilitate di sini maksudnya mendorong mereka. Bukan Mengajar. Fasilitator adalah PemudahCara. Pendorong. Kita tidak berhak untuk menurunkan Ilmu, kerana Ilmu itu Milik Allah. Dia lebih berhak menurunkan Ilmu kepada siapa yang dia mahukan. So kita Share-lah.
Sekiranya tadi kita terus buat paperWork kerana faham client kita nak modul Pengurusan Masa. Dan kita pun buat lah satu paperwork tentang pengurusan masa untuk Staff dari A-Z dan bentangkan kepada client tadi. Tiba-tiba Client kita kebingungan. Mungkin Client kita akan marah. Atau Mungkin Client kita akan ketawa terbahak-bahak dengan hasil kerja kita. Paperwork memang bagus, colorful, binding, format tetapi isu nya Client kita perlukan PAPERWORK pengurusan masa untuk Pelajar. Bukan Staff. Whats Happen Next?
So I Suggest, BE A PLF!
Adakah maksud Tuan tadi PLF sesuai hanya untuk Orang Tertentu sahaja? Atau bahasa mudahnya untuk tenaga pengajar sahaja?
Tidak. PLF untuk semua. Bukan sekadar untuk Trainer, Tenaga Pengajar bahkan Guru-guru, sekolah tadika sekalipun boleh. Pelajar universiti dan sebagainya sebab kita perlu faham bila kita sebut CLIENT, tak semestinya ruang lingkup Business atau korporat. Boleh jadi
- Client adalah Pengarah, Kita adalah Executive biasa. Pengarah minta buat Pelan Bangunan Rumah. Sebagai Staff yang ada PLF, tanya dulu pelan bangunan bagaimana yang bos maksudkan? Sebab Bangunan Rumah Banglo Tak Sama Dengan Pelan Bangunan Rumah Burung Layang-layang
- Client adalah Guru Besar, Kita sebagai Tukang Kebun. Guru Besar meminta tolong kemaskan bilik pejabat. Sebagai tukang kebun yang ada PLF, kita perlu faham bilik pejabat mana? Tujuan? Bila? Di Mana? Supaya tidak timbul sebarang isu di kemudian hari.
PLF is everything you do in Your Life. You really know to manage Your Self. Then you can help other people become profesional same as like you.
Soalan Terakhir Kepada Tuan, bagaimana tuan fikir PLF boleh mencapai Standard atau Mutu yang diinginkan?
Menarik sekali soalan ini. Baik Saya ingin tanya anda, apa yang anda fikirkan untuk datang dan temuramah saya berkenaan PLF? Tentunya Yakin dengan kebolehan diri anda sebagai wartawan, bukan Yakin dengan kebolehan Bos anda, betul? Bagaimana Cristiano Ronaldo boleh menggelecek bola dan jaringkan gol? Kerana Yakinnya beliau pada diri beliau. Bukan Yakin kepada Pengurus beliau.
PLF mencapai Standard Dan Energy PLF melalui KEYAKINAN individu tersebut untuk menjadi PLF. Kami bukan golongan yang layak untuk mengubah diri orang, melainkan orang itu sendiri yang mengubah diri beliau sendiri. Allah SWT berfirman “Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”.
Maksud dari ayat ini adalah: Segalanya Bermula Dari Diri Sendiri.
Jika di akhirat nanti Tuhan tanya mengapa kamu tidak solat? Adakah kita akan jawab kerana Syaitan? Tidak. Tangan dan kaki kita akan berkata ” Tuan Kami Menghabiskan Masanya dengan Hal2 dunia.” Waktu itu tiada lagi BANGAU. Maka STOP BAGAUING! dari dunia lagi. (Kami sama-sama Gelak)
Perihal Bahasa Badan bercakap juga disentuh dalam PLF. Apa lagi yang saya boleh gambarkan PLF is the way of your person to be. PLF bukan untuk menjadi sesiapa dan menguruskan sesiapa, tetapi PLF ialah anda nak jadi insan yang bagaimana. Thats is PLF changing you become better person! InsyaAllah.
Maafkan saya Tuan, 1 soalan lagi, berapa lama Kursus PLF ini di adakan atau Yuran yang ditetapkan untk habiskan semua Silibus PLF? Adakah ia pembelajaran Teori sahaja atau ada Simulasi, Praktikal dan sebagainya. Boleh tuan sambung dalam masa yang singkat..
Kami bersetuju program ini boleh diadakan selama 3 hari sahaja bagaimanapun jika Client tidak punyai masa yang panjang, boleh juga dibuat dalam 2 hari. Ia meliputi cara pengurusan diri, pengurusan masa, pengurusan orang lain (client), persembahan, teknik persembahan, komunikasi, gaya dan bahasa badan, mengawal minda, mengawal tubuh, mengawal emosi, stress, evaluation, memahami orang lain melalui kaedah Visual, Auditory dan Kinestetik,konotasi suara, lagu dan sebagainya.
Ya, tentu sekali ia bukan teori semata-mata kerana untuk membuktikan modul kami adalah betul seperti yang ditulis (orang kampung sebut cakap serupa bikin), maka kita terus praktikkan pada waktu itu. Contohnya:
- Teguran Membina. Kami punyai beberapa teknik antaranya dinamakan Up-up Smash. Puji 2 kali dan lontarkan idea. Waktu ini peserta terus diberi simulasi bagaimana sistem ini berfungsi.
- Contoh kedua bagaimana cara mengawal majlis, mengurangkan nervous (panik) dan sebagainya. Ada beberapa cara seperti Think on Your Feet. Sedar Filler Sound dan sebagainya.
- Mind Mapping. Kita ada cara sendiri untuk Mind Mapping yang berkesan. Ia bukan sekadar teknik membuat Mind mapping, tetapi juga kaedah penyampaian juga berbeza.
Disitu lah uniknya PLF. Dan pada pendapat saya yang juga insan yang pernah menghadiri kursus awal-awal dahulu berasa Ilmu yang disampaikan sangat Berbaloi jika dinilai dengan Wang Ringgit.
PLF Council Eldest (Board of PLF community) menetapkan 2 kaedah yuran iaitu bayaran berkelompok (korporat) atau individu (personal).
Ia bergantung kepada kehendak Client kita.
Terima kasih Tuan Mohd Zulhazri kerana sudi meluangkan masa berbicara berkenaan PLF dan dimasukkan ke SmartCamp! program. Sangat mendalam sekali walaupun perbicangan ini tidak sampai 3 jam, dan ada beberapa soalan saya sendiri yang terkena (gelak). Terima Kasih Tuan.
Program PLF adalah diasaskan oleh Tuan Mohd Rizal Hassan (Founder of Take Charge Learning System).
Sila isi maklumat di bawah untuk Tempahan atau Pertanyaan Berhubung Program di atas..