Di Malaysia, Mohd Syukur Khamis, 14, boleh dianggap sebagai Mowgli kerana keakrabannya dengan haiwan. Setidak-tidaknya iaitulah yang diberitahu oleh Nazri Sulaiman seorang jurugambar yang menjadikan Syukor dan haiwan peliharaan ayahnya sebagai subjek yang dirakam.

Syukor bersama sekumpulan kerbau.-Foto Facebok Syukor Khamis-Kampung Boy.
Syukor bersama sekumpulan kerbau.-Foto Facebook Syukor Khamis-Kampong Boy. 

Apa yang menarik mengenai gambar-gambar yang dirakam Nazri menunjukkan betapa mesranya hubungan haiwan seperti kerbau, lembu dan kambing dengan Syukor.

Jelas Nazri, kawan Syukor bukan hanya kerbau, kambing dan lembu tetapi juga angsa dan burung. Syukor dan haiwan-haiwannya bergurau seperti ‘kawan-kawan sekolah’.

Menurut Nazri, Syukor adalah anugerah Allah kepada keluarganya kerana dalam sejuta orang pun susah nak jumpa seorang kanak-kanak sepertinya.

“Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya. Itu biasa.

“Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni.

“Sesetengah kerbau ada namanya seperti Awang (dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo,” kata Nazri dalam catatannya di Facebook.

Foto yang dikongsi di Facebook Syokr Khamis - Kampong Boy
Foto yang dikongsi di Facebook Syukor Khamis – Kampong Boy 

Menurut Nazri, Syukor tinggal di Terengganu dan mereka yang mahu melawat Mowgli Malaysia dan haiwan-haiwannya ini bolehlah berhubung melalui Facebook ‘Syukor Khamis – Kampong Boy’.

Nazri berkata, ayah Syukor yang dikenali sebagai Pak Khamis akan membawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kubang Bujuk bersama Syukor.

“Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dgn Syukor tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama.

“Bagi orang dari luar Terengganu yang nak datang sama ada untuk melawat atau mengambil gambar, Pak Khamis ada sediakan bilik di kawasan halaman rumahnya. Jadi tak perlulah nak sewa bilik hotel mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu,” kata Nazri.-UTUSAN ONLINE